Saturday 12 March 2011

Chocolate chip cookies


Bahan-bahan ( 100 biji )

  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g chocolate chips
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus)
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

Soft Sugar Cookies II


Ingredients

  • 2/3 cup shortening
  • 2/3 cup butter
  • 1 1/2 cups white sugar
  • 2 eggs
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 3 1/2 cups all-purpose flour
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1 teaspoon salt
  • 1/3 cup granulated sugar for decoration

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  2. In a medium bowl, cream together the butter, shortening and sugar. Stir in the eggs and vanilla. Combine the flour, baking powder and salt, stir into the creamed mixture until dough comes together. Roll dough into walnut sized balls and roll the balls in sugar. Place them on an unprepared cookie sheet about 2 inches apart.
  3. Bake cookies 10 to 12 minutes in the preheated oven, until bottom is light brown. Remove from baking sheets to cool on wire racks.

Nutritional Information open nutritional information

Amount Per Serving Calories: 227 | Total Fat: 11.3g | Cholesterol: 31mg

Soft Sugar Cookies


Ingredients

  • 4 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 teaspoon ground nutmeg
  • 1 cup butter, softened
  • 1 1/2 cups white sugar
  • 1 egg
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1/2 cup sour cream

Directions

  1. Sift together the flour, baking powder, baking soda, salt and nutmeg; set aside. In a large bowl, cream together the butter and sugar until smooth. Beat in the egg, vanilla and sour cream until well blended. Stir in the sifted ingredients. Wrap dough in plastic wrap and chill overnight.
  2. Preheat the oven to 375 degrees F (190 degrees C). On a lightly floured surface, roll the dough out to 1/4 inch in thickness. Cut into desired shapes with cookie cutters. Place cookies 1 1/2 inches apart onto ungreased cookie sheets.
  3. Bake for 8 to 10 minutes in the preheated oven. Allow cookies to cool on baking sheet for 5 minutes before removing to a wire rack to cool completely.

Nutritional Information open nutritional information

Amount Per Serving Calories: 103 | Total Fat: 4.6g | Cholesterol: 16mg

Wednesday 9 March 2011

Lamb Chop


Bahan-Bahan:
Utk perap daging:
10 keping daging kambing(slices )
setongkol halia <> 10 cm(ditumbuk halus)
3 sudu kecil lada hitam(ditumbuk halus)
kicap manis
selabu bawang putih(ditumbuk halus)
3 sudu osyter sauce
Garam dan gula secukup rasa
Utk Gravy:(Black pepper gravy)
1 Liter susu segar
2 sudu besar tepung jagung( utk pekatkan kuah)
3 sudu besar Lada hitam (ditumbuk halus)
3 sudu besar tomato sos atau cuka (1 sudu kecil)
Kicap manis
Butter( 2 sudu besar)
Kiub daging lembu ( 2 ketul)
Cara:
Daging yg diperap:
1.)Gaulkan kesemua bahan diatas dan perap selama 2 jam.
2.) Untuk memasang, gunakan sedikit minyak atau kuali non stick .
3.)Masak sehingga daging empuk.Jgn teerllau lama , kerana jika overcook , daging akan keras.

Utk gravy:
1.) Panaskan butter. Setelah cair masukkan semua bahan yang lain dan tunggu sehingga mendidih.Setelah mendidih, angkat dan sedia utk digunakan.

Tambahan:
Sukatan gravy diatas adalah utk 20 keping daging.

Tuesday 8 March 2011

Ayam Goreng Ala Kentucky


Tetiba aja rasa lapar nak makan Ayam Kentucky, terus cari kat google picture ayam Kentucky dan resepinya sekali. Balik nanti boleh goreng ayam ermm....yummy....

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
3 biji telur (dipukul)
1 cawan beras (ditumbuk halus)
Sedikit garam
Bahan digiling halus:

1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
Cara:
Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang telah digiling, perapkan selama 1/2 jam. Celupkan ke dalam telur, kemudian digolekkan ke atas beras yang telah ditumbuk halus. Panaskan minyak dan gorenglah hingga masak.

Sunday 6 March 2011

Kek Batik



Assalamualaikum semua....

Semalam Ainul try resepi Kek Batik ...pagi ni tra tata.....ini lah hasilnya. Sambil buat nescafe minum pagi siap makan sepotong kek Batik ni ermmm manisnya. Kek ni memang Ainul tak galakkan untuk pengidap kencing manis takut silap hari bulan kaki kena potong. Lepas ni anda juga boleh mencuba resepinya .

Selamat Mencuba!!!!

Wednesday 2 March 2011

Kek batik


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • biskut marie yg telah dipatah dua
  • 1 buku mentega
  • 1 tin susu pekat
  • 1 paket kecil milo
  • 1 botol kecik serbuk koko
  • sedikit kacang yg telah digoreng tanpa minyak
  • sedikit kismis
  • Telur sebiji

Cara-cara

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata.
  3. Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau dgn rata masukkan telur.
  4. Apabila sudah rata, masukkan biskut marie, kacang dan kismis ke dalamnya. Kacau dgn cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali. Gunakan api yg kecil saja.
  5. Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata ke dalam bekas.
  6. Sejukkan selama setengah hari. Boleh dihidangkan pada waktu petang atau dijadikan hantaran.

Baulu


Bahan-bahan ( Saiz 20cm )

  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
  • 1 sdt esen rose
  • 1 3/4 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang
  2. Masukkan esen rose
  3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
  4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
  5. Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
  6. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam.

Tuesday 1 March 2011

Saya ingin Menonton Filem World Invasion: Battle Los Angeles



Untuk beberapa tahun, terdapat dokumentasi kes-kes penemuan UFO di serata dunia – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. Akan tetapi pada 2011, apa yang hanya merupakan penemuan sahaja untuk seketika waktu dahulu, kini menjadi realiti yang menakutkan apabila Bumi diserang oleh kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Semasa penduduk dari serata dunia melihat kejatuhan bandar-bandar terhebat di dunia, Los Angeles menjadi tempat tumpuan terakhir untuk pertempuran yang tidak diduga. Kemenangan bergantung kepada staf sarjan Marine (Aaron Eckhart) dan platun barunya untuk bertempur dengan musuh yang tidak seperti mana-mana yang pernah ditemui sebelum ini.... "

Diarah oleh Jonathan Liebesman, "Dunia Invasion: Pertempuran Los Angeles" dibintang oleh Aaron Eckhart ("The Dark Knight"), Michelle Rodriguez ("The Fast and Furious") dan Bridget Moynahan ("The Recruit").

Filem seperti "World Invasion" Battle Los Angeles ini mengandungi elemen aksi, fiksyen sains dan perang diolah ke dalam satu. Dan itulah yang menarik sebahagian besar pelakon dan krew untuk projek perfileman ini.

“Aku dibesarkan dengan filem seperti ini" kata Pengarah Jonathan Liebesman berkongsi cerita. "Filem Perang dan filem-filem fiksyen sains adalah kegemaran saya samada ia adalah 'Braveheart' atau 'Alien' mahupun 'Terminator' dan di sini anda mendapatkan kedua-duanya sekali"

Tapi Liebesman sangat khusus tentang genre yang mana datang dahulu "Ini bukan filem makluk asing yang mempunyai askar tapi ini adalah filem perang dengan makluk asing .."

Semangat itu juga yang menarik Aaron Eckhart, yang memainkan peranan Sarjan Michael Nantz dalam filem ini. Sarjan Nantz yang memimpin platun marine ke Bandar Los Angels selepas diserang oleh makluk asing. "Saya melakukan ini kerana pengarah, Jonathan Liebesman," kata Eckhart. "Saya merasa bahawa dia ingin membuat filem perang yang lebih realistik, dan itulah yang ingin saya lakukan."

Check out trailer menakjubkan di bawah ini. Ianya telah disatukan dengan baik sekali,soundtrack yang cukup bagus walaupun memang terlihat seperti video game di merata-rata tempat. Harapan filem ini akan mendapat sambutan hebat namun sapa tahu kemungkinannya nanti. Skyline mempunyai trailer besar, tetapi ulasan mengatakan filem ini ini agak kucar kacir di kesudahannya. Mungkin filem makluk asing ini adalah lebih baik dari yang lain.

Monday 28 February 2011

Nasi baryani


Bahan-bahan ( 4org )

  • 3 cwn beras basmathi
  • sedikit rempah tumis
  • *6 ulas bwg merah (blend)
  • *5 ulas bwg putih (blend)
  • *2"halia (blend)
  • setengah biji bwg besar (hiris)
  • sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
  • 2-3 tbsp minyak sapi
  • 1tsp garam
  • sedikit pewarna kuning
  • gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
  • 2tbsp rempah baryani
  • 4 setengah cwn air
  • setengah cwn susu cair

Cara-cara

  1. panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
  2. masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
  3. masukkan air..tunggu sampai didih
  4. masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
  5. pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
  6. bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
  7. masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
  8. masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • Kuah daging baryani


  • setengah kg daging lembu (potong kiub)
  • setengah biji bawang besar (hiris)
  • baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
  • 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 3-4 biji cili hijau
  • 2tbsp tomato puree
  • 1tbsp sos tomato
  • 1/4 cwn susu cair
  • sedikit ghee
  • sedikit rempah tumis
  • 3 tbsp rempah baryani
  • garam,gula,ajinomoto secukup rasa
  • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
  • 1 tbsp yogurt

Cara-cara

  1. gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
  2. tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
  3. masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
  4. masukkan daging..gaulkan.
  5. masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  6. masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
  7. tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
  8. ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
  9. bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
  10. last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
  11. buleh la di hidang bersama nasi baryani...

Nasi Lemak


Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam
  • Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam n gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.

Nasi tomato


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

Nasi minyak hujan panas


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Pajeri nenas


Bahan-bahan ( untuk makan 4-6 orang )

  • 1 tin nenas
  • 1 tin santan cair (200ml)
  • 1 sudu makan udang kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu gula perang (boleh tukar dengan gula melaka)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 3 biji lada merah
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. blend, bawang besar, bwang putih, halia dan udang kering
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblend
  3. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing
  4. Masukkan air daripada syrup nenas dalam tin (jika suka)
  5. Tuangkan santan dan kacau hingga sebati
  6. masukkan kerisik dan garam secukup rasa
  7. Masukkan nenas dan juga lada merah
  8. Masak hingga mendidih dan boleh dihidangkan bersama nasi

MINUMAN 3 DALAM 1 YANG TIDAK TERKAWAL MEMUDARATKAN KESIHATAN



Orang ramai perlu berhati-hati apabila mengambil minuman 3 dalam 1. Pengambilan minuman ini yang berlebihan akan membawa kesan negatif kepada kesihatan.

Dr Roslee Rajikan, Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa apabila minuman 3 dalam 1 dibancuh, pengguna tidak dapat mengawal kandungan gula dalam pek minuman 3 dalam 1 itu jika dibanding dengan cara pembancuhan tradisional.

Ini adalah kerana kandungan gula dalam minuman 3 dalam 1 telahpun ditetapkan, dan biasanya mengandungi peratusan gula yang tinggi.

Jika minuman 3 dalam 1 ini diambil sekali sekala, ia tidak menimbulkan masalah. Tetapi, jika diambil 5 – 6 kali sehari, masalah berkaitan dengan kesihatan akan timbul.

Kebelakangan ini, pelbagai kempen kesedaran pengurangan gula telah diadakan oleh sektor kerajaan dan sektor swasta. Namun pendidikan pengguna tentang pengurangan gula masih merupakan tugas yang sukar dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, golongan yang sedar akan kebaikan pengambilan gula yang kurang kepada kesihatan telah berubah kepada corak kehidupan yang lebih sihat.

Sebelum ini, tidak ada orang akan memesan teh tarik kurang manis atau teh ’O’ kosong, tetapi pada masa sekarang, ramai yang menjadikan hal ini satu perkara yang biasa.

Dr Roslee menyarankan ibu bapa atau keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis supaya mengawal pengambilan gula dan mengamalkan gaya kehidupan yang sihat, bagi mengurangkan risiko penyakit tersebut.

Elakkan pengambilan minuman 3 dalam 1 atau mengurangkan kekerapan minuman ini merupakan satu cara yang boleh dicapai untuk mengurangkan pengambilan kandungan gula.

Kesimpulannya, kita boleh mengubah corak kehidupan ke arah kurang gula untuk kehidupan yang sihat demi mengurangkan risiko kepada penyakit kencing manis.

~~Sumber Konsumer Kini~~



Di rumah aku sesiapapun tidak dibenarkan membeli, membancuh dan meminum minuman 3 in 1 ini . Suami aku memang Kawal ketat pengambilan gula di rumah . Sekilo gula di rumah aku setahun pun tak habis , kalau beli pun untuk tetamu datang bertandang itupun tak guna gula pasir tapi guna sweetener yang di beli kat Tesco tu.

Sampai sekarang lidah aku memang tak dapat menerima minuman manis bila minum manis reaksi muka aku terus berubah. Pergi kedai mamak pun aku order Kopi "o" C jer atau mineral water.

Mula-mula nak henti pengambilan gula dalam minuman ni memang susah sangat rasa macam dunia gelap jer hidup tak ceria langsung tapi masuk minggu kedua baru aku boleh terima dan terus sampai sekarang. Tapi kalau bab ice cream aku tibai jer tak kira manis ker tak sebab itulah kenikmatan ku.

Wednesday 23 February 2011

Pembudayaan Makanan Malaysia

‘Kepelbagaian’ merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini saya akan membawa anda sekelian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu.

Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut.

Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda. Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Kedah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam.

Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan Bugis. Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan Johor bersetuju untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih dengan kejayaan cemerlang ini, Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor.

Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina. Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan admiral China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18. Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja.

Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain.

Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan Malaysia’ dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain.

Saya akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai ‘rice bowl of Malaysia’. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.

Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih mengemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang.

Untuk pesakit diabitis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya.

Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.

Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.

Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung.

Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain. Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung.

Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Nasi kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia. Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.

Masakan nyonya pada masa kini sangat diminati oleh pelbagai kaum di Malaysia. Kaum nyonya bermastautin di Melaka dan Penang. Keturunan nyonya ini dikatakan berasal dari kaum Cina dan Amoy (Xiamen) dan Fukian. Pada abad ke-12 mereka mengawini gadis Melayu tempatan dan seterusnya berkeluarga di mana anak lelaki mereka dipanggil baba dan anak perempuan dipanggil nyonya. Baba dan nyonya mengikut dan meminati nilai tradisi dan budaya Melayu. Mereka fasih berbahasa Melayu, memakai kebaya dan memahami adat resam, nilai dan tradisi orang Melayu. Walau bagaimanapun kaum baba dan nyonya ini masih mengekalkan agama dan adat resam kaum Cina. Masakan nyonya adalah gabungan masakan orang Melayu dan Cina. Contoh masakan nyonya ialah bubur caca, ikan bakar dan air asam, nasi kerabu dan lain-lain. Terdapat beberapa perbezaan antara nyonya Penang dan nyonya Melaka. Di antaranya ialah penggunaan cili, di mana masakan nyonya Penang agak pedas berbanding nyonya Melaka. Nyonya di Penang dipengaruhi oleh Thailand di mana penggunaan limau dan asam jawa agak ketara. Masakan nyonya di Melaka mempunyai banyak pengaruh Indonesia dan Melayu. Contohnya ialah gado-gado dan penggunaan santan dalam masakan mereka. Kaum nyonya juga pandai menggayakan buah-buahan dan sayuran tempatan di dalam masakan mereka. Di antaranya ialah jantung pisang, nangka muda, daun keledek dan belimbing buluh. Buah-buahan dan sayuran ini digabungkan dengan daun limau purut, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit dan daun pandan. Otak-otak, kerabu, laksa nyonya dan kuih muih nyonya mendapat tempat di buffet hotel dan restoran. Kuih nyonya terkenal dengan keenakan dan kepelbagaiannya. Kebanyakan kuih nyonya ini berasaskan resipi kuih orang Melayu tetapi diperkemaskan dan perbaharui oleh kaum nyonya. Bahan tani yang digunakan ialah ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, beras pulut, santan dan gula melaka.

Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus. Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Minuman iringan bagi kaum Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang.

Untuk mengakhiri seminar ini saya ingin menyentuh aspek etika sosial dan tata cara peradaban di meja makan di Malaysia. Sebelum itu mari kita meninjau ke dapur-dapur orang Malaysia. Terdapat pelbagai kaedah memasak yang boleh kita pelajari. Bagi kaum Melayu peralatan seperti batu lesung merupakan peralatan ‘mesti ada’ dari nenek moyang kita dahulu hingga sekarang. Sesetengah orang berpendapat sambal belacan menggunakan batu lesung lebih berperisa dibandingkan dengan yang dibuat dengan pengisar elektrik. Kaum Cina dengan kuali atau ‘wok’nya dan kaum India dengan belanganya pula. Kaum ethenik di Malaysia menganggap suasana ketika menikmati hidangan adalah aktiviti komuniti, tidak kira di rumah atau di restoran. Makanan di hidang serentak (kecuali bankuet Cina) dan setiap individu akan dihidangkan dengan nasi dan mereka akan memilih lauk pauk sendiri. Orang India dan orang Melayu menggunakan tangan dan kaum Cina dengan penyepit. Menggunakan tangan juga mempunyai etika tersendiri. Kita hanya menggunakan tangan kanan dan hujung jari sahaja. Tapak tangan tidak digunakan dan ia mesti kelihatan bersih tidak comot. Membasuh tangan bukan sahaja bersopan tetapi dimestikan dari segi kebersihan. Kadang kala kita akan diberi air basuh tangan oleh tuan rumah dan di restoran-restoran pula disediakan sinki basuh tangan dan sabun. Kita tidak dibenarkan sama sekali mengambil makanan dari pinggan hidang dengan tangan. Kita sepatutnya menggunakan sudu yang disediakan dengan mengambilnya dengan tangan kiri. Anda digalakkan mengambil makanan terdekat dengan anda dahulu dan tidak terlalu banyak bercakap jangan bercakap ketika mulut masih penuh dan akhir sekali tidak mengunyah terlalu kuat.

Bagi kaum Cina memang lasimnya menggunakan penyepit, tetapi di restoran dan kedai makanan ada juga yang menyediakan sudu dan garpu. Mereka dianggap tidak bersopan jika menjilat hujung penyepit dan meletakkan penyepit di atas mangkuk nasi. Letakkan penyepit di tempat yang disediakan dan jangan berebut-rebut, pastikan anda menunggu giliran apabila memusing bulatan pemusing. Pada lazimnya hidangan Cina diiringi dengan pelbagai sos, pastikan anda mengambil sos dengan sudu yang disediakan dan letakkan sos ke dalam piring kecil yang disediakan dan jangan sekali-kali mencelup makanan di pinggan hidang.

Oleh: Prof. Madya Norani Sidek

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

Universiti Teknologi MARA

Shah Alam, Selangor

Henti Aniayai Perut Anda

Rakyat Malaysia gemar makanan yang mengandungi lemak tinggi dan kurang makan sayur dan buah-buahan. Mereka juga tiada disiplin dalam waktu makan dan sering terlebih makan.

"Apa yang dimakan bukan bahagian yang sewajarnya dimakan terutama apabila makan di tempat yang menyediakan menu Barat. Sebagai contoh, ikan dan kentang goreng, hidangan ayam (chicken chop) atau kambing biri-biri (lamb chop).

"Bahagian yang dihidangkan lebih untuk seorang dan terlalu banyak mentega dan krim digunakan," Mary Easaw-John, Pengurus Kanan, Dietetik dan Perkhidmatan Makanan, Institut Jantung Negara (IJN), yang berkongsi beberapa pemerhatiannya tentang tabiat makanan rakyat Malaysia dalam satu wawancara baru-baru ini.

Penganiayaan Besar

"Pada pandangan saya kita sudah sampai kepada peringkat kita tidak sedar kita sebenarnya terlalu menganiayai perut kita.

"Sedar tak perut kita mempunyai sistem dan ia bekerja sebagai mesin kilang dengan pengaturan masa yang tertentu. Perlu juga ingat perut manusia hanya boleh menerima sejumlah makanan pada satu-satu masa dan akan lebih membantu jika anda mengunyah makanan dengan sebaik-baiknya," Easaw-John memberitahu Bernama.

Tuesday 22 February 2011

MUFFIN COKLAT CHIPS


Bahan

110 g butter
210 g gula perang
3 biji telur
1 s/t esen vanilla
375 tepung gandum
2 s/t baking powder
2 s/b serbuk koko
300 ml fresh milk
100 g coklat chip digaulkan dgn 1 s/b tepung [untuk mengelakkan coklat tenggelam]

Cara.
1. Panaskan oven 180′C .
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla.
4. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko,
5. Masukan tepung dan susu berselang seli.
6. Masukkan coklat chip dan gaulkan rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas dan letakkan dalam tin/loyang muffin.
8. Bakar selama 20 minit.
9. BIla dah masak sejukkan dan simpan.

Saturday 19 February 2011

Cupcake ku tak jadi


Seperti yang dijanjikan pada diri sendiri minggu lepas saya nak buat cupcake pada hujung minggu ni, minggu lepas saya dah siap-siapkan bahan nak buat cupcake ni tapi last-last cari cawan kertas cupcake tak jumpa so saya pergi cari kat giant dah habis cari pulak kat carrefour pun sama. Akhirnya minggu ni saya jumpa kedai jual bahan buat kek rupanya dekat jer dengan rumah.

So hari ni saya buat cupcake cari pulak kek yang kurang guna bahan nak jimat duitlah katakan maklumlah gaji minggu depan baru dapat so duit pun cukup-cukup sampai minggu depan jer.

Resepi cupcake ni saya dapat dari internet juga bersemangat masa buat adunan ni nampak cantik jer bila tuang dalam cawan kertas dan time masuk dalam oven selepas 15 minit kek nampak naik cantik sangat bagaimanapun lima minit kemudian kek tu turun balik. Maknanya kek tak jadilah , kesian kawan-kawan kat kem (Ain, Norizan dan Najiah )yang menunggu cupcake saya ni minta maaf lah banyak-banyak kek tak jadi !!!! sedih .......

Cuma gambar persediaan cupcake yang dapat saya rakamkan tapi gambar cupcake yang dah masak terpaksa di sensor sebab tak jadi.



Thursday 17 February 2011

How to Make English Muffins


How to Make English Muffins

Just as if you're making bread by hand, start by warming the water and milk until hand-hot. You can do this in the microwave or in a small pot on the stove.

When the liquid is warm, add the sugar and yeast and mix in well. Then leave it to stand until frothy - this will take about 10-15 minutes, depending on how warm your kitchen is.

Meanwhile, sift the flour and salt into a bowl.

Make a well in the centre and when the yeast is ready, mix the liquid into the flour. Using a spoon and later your hands, mix the ingredients to a soft dough. It's the right consistency if it leaves the bowl clean.

Add a little flour if the mix is too sticky, or a little more water if it seems dry.

Now turn out the dough onto a flat work surface and knead it for 10 minutes. Give it some elbow-grease and it will turn out beautifully smooth and elastic.

English Muffin Rings

Place the kneaded dough back into the bowl and put the bowl into a warm place, covered with a damp dishcloth. Leave it to rise until doubled in size. 30-45 minutes, depending on how warm your kitchen is.

Then turn the dough out onto a floured surface and roll it out to the thickness of a finger - about 1 cm or so. Use a large cookie cutter or English Muffin Rings to shape the dough into rounds.

You should get about 12 muffins.

Place them onto a lightly floured baking sheet and leave to rise again in a warm place for 25-30 minutes.

Now it's time to cook - not bake - your muffins.

Heat a thick-bottomed, heavy frying pan or griddle over a medium heat. Add a little lard - butter won't work here, because it will burn before you're finished cooking the muffins.

Put in some muffins - as they are or in a ring if you like that better - and turn the heat down low. Cook them until nice and golden. The muffins will take about 6-8 minutes on each side.

Keep them warm while you cook the rest and then enjoy with plenty of fridge-cold butter and a pot of tea!



Wednesday 16 February 2011

Perfect Turkey


Ingredients

  • 1 (18 pound) whole turkey, neck and giblets removed
  • 2 cups kosher salt
  • 1/2 cup butter, melted
  • 2 large onions, peeled and chopped
  • 4 carrots, peeled and chopped
  • 4 stalks celery, chopped
  • 2 sprigs fresh thyme
  • 1 bay leaf
  • 1 cup dry white wine

Directions

  1. Rub the turkey inside and out with the kosher salt. Place the bird in a large stock pot, and cover with cold water. Place in the refrigerator, and allow the turkey to soak in the salt and water mixture 12 hours, or overnight.
  2. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Thoroughly rinse the turkey, and discard the brine mixture.
  3. Brush the turkey with 1/2 the melted butter. Place breast side down on a roasting rack in a shallow roasting pan. Stuff the turkey cavity with 1 onion, 1/2 the carrots, 1/2 the celery, 1 sprig of thyme, and the bay leaf. Scatter the remaining vegetables and thyme around the bottom of the roasting pan, and cover with the white wine.
  4. Roast uncovered 3 1/2 to 4 hours in the preheated oven, until the internal temperature of the thigh reaches 180 degrees F (85 degrees C). Carefully turn the turkey breast side up about 2/3 through the roasting time, and brush with the remaining butter. Allow the bird to stand about 30 minutes before carving.

Cajun Seafood Pasta


Ingredients

  • 2 cups heavy whipping cream
  • 1 tablespoon chopped fresh basil
  • 1 tablespoon chopped fresh thyme
  • 2 teaspoons salt
  • 2 teaspoons ground black pepper
  • 1 1/2 teaspoons crushed red pepper flakes
  • 1 teaspoon ground white pepper
  • 1 cup chopped green onions
  • 1 cup chopped parsley
  • 1/2 pound shrimp, peeled and deveined
  • 1/2 pound scallops
  • 1/2 cup shredded Swiss cheese
  • 1/2 cup grated Parmesan cheese
  • 1 pound dry fettuccine pasta

Directions

  1. Cook pasta in a large pot of boiling salted water until al dente.
  2. Meanwhile, pour cream into large skillet. Cook over medium heat, stirring constantly, until just about boiling. Reduce heat, and add herbs, salt, peppers, onions, and parsley. Simmer 7 to 8 minutes, or until thickened.
  3. Stir in seafood, cooking until shrimp is no longer transparent. Stir in cheeses, blending well.
  4. Drain pasta. Serve sauce over noodles.

Steamed Mussels with Fennel, Tomatoes, Ouzo, and Cream

Ingredients
  • 1 tablespoon olive oil
  • 2 shallots, finely chopped
  • 4 cloves garlic, finely chopped
  • 1 bulb fennel - trimmed, cored and thinly sliced
  • 1 large tomato, cubed
  • 1/2 cup white wine
  • 1/4 cup ouzo
  • 1/2 cup heavy cream
  • 4 pounds mussels, cleaned and debearded
  • 1/3 cup fresh basil leaves, torn
  • salt to taste

Directions

  1. Heat olive oil in a medium saucepan over medium heat. Stir in shallots and garlic, and cook until tender. Stir in fennel and tomato, and continue cooking about 5 minutes.
  2. Mix white wine, ouzo, and heavy cream into the saucepan, and bring to a boil. Gradually stir in mussels, 1/2 the basil, and salt.
  3. Cover saucepan, and continue cooking about 5 minutes, until the mussels have opened. Garnish with remaining basil to serve.

Tuesday 15 February 2011

Trend cupcake untuk perkahwinan


Trend terbaru akhir-akhir ini untuk wedding cake adalah dengan wedding cupcake. Dan wedding cupcake ini juga cukup popular sekarang. Apakah kelebihan wedding cup cake atau cupcake pengantin jika dibanding dengan wedding cake atau kuh pengantin tradisional yang biasa digunakan selama ini.

Tidak usah jauh-jauh kita membandingkan dengan trend yang ada di Amerika. Ada 3 alasan jelas kenapa cup cake pengantin mulai banyak diminati oleh para calon pengantin untuk menghiasai acara perkahwinan mereka.

Alasan pertama adalah tren. Tidak ada yang dapat menyangkal bahawa cupcake adalah tren terbaru dari kek. Jadi, dengan menggunakan wedding cupcake, pengantin menunjukkan bahawa mereka adalah orang-orang yang mengikuti perkembangan zaman.

Alasan kedua adalah dari segi praktikalnya. Harus diakui bahawa dalam proses pembuatan cupcake lebih praktikal. Jika ada yang salah, tinggal membuang cupcake yang salah, bukan harus mengganti keseluruhan kek. Bahkan, dalam masalah penghantara ke lokasi perkahwinan juga lebih mudah. Karena alasan itu, harga cupcake pengantin lebih murah.

Alasan ketiga adalah aneka rasa. Jika perkahwinan menggunakan kuih pengantin biasa, maka kuih yang tersedia hanyalah satu rasa saja. Untuk cup cake pengantin, kuih yang digunakan untuk cupcakes adalah beraneka ragam, sehingga dapat melayani selera semua orang.

Bahkan dengan melihat 3 alasan di atas saja, apat dilihat bahawa cupcakes untuk perkahwinan memang menggoda. Dan jelas, masih banyak alasan-alasan lain mengapa wedding cupcakes lebih baik dibandingkan dengan wedding cake biasa.

Sunday 13 February 2011

Anakku dah besar


Pejam celik pejam celik sedar-sedar anak-anak pun dah besar ,
Pejam celik pejam celik sedar -sedar anak-anak pun dah masuk U
Pejam celik pejam celik sedar-sedar anak-anak pun dah keja
Pejam celik pejam celik sedar-sedar anak-anak pun dah kawin
Pejam celik pejam celik sedar-sedar cucu pun dah ada....

Pastry untuk minum petang




Baru saja masak pastry untuk makan petang sambil tengok astro, lapar ni sebab tengahari tadi tak masak so tak ada lah gambar lauk-pauk nak letak kat sini.

Sekali sekala nak tukar juga selera asyik makan masakan melayu jer kali ni masakan barat lak, ni pastry yang kedua saya buat ingat lagi tak kalau saudara/i ikuti fb saya pernah tunjukkan gambar pastry yang saya buat dulu tapi kali ni bentuk dia lain sikit bulat yg dulu memanjang....apa pun intinya tetap sama sebab yg tu jer yang saya suka makan.

Saja masak banyak sikit pastry ni nanti boleh bawa balik kat tempat kerja bagi kawan-kawan merasa sama. Kalau nak tahu macam mana nak buat pastry ni bolehlah hubungi saya....

How To Make Cup Cakes

How To Make Cup Cakes : Try our simple cup cake recipe. Perfect treats for kids, sweet and easy to make. Party cakes that will be popular. Our cup cakes are the best!Try our simple cup cake recipe. Perfect treats for kids, sweet and easy to make. Party cakes that will be popular. Our cup cakes are the best!

You will need
  • 180 g butter
  • 180 g caster sugar
  • 3 medium eggs, beaten
  • 1 tsp vanilla essence
  • 180 g self-raising flour
  • ½ tsp baking powder
  • 1 tbsp milk
  • 500 g icing sugar, sifted
  • 5 tbsp water
  • food colouring as desired
  1. Step 1: Preheat oven

    Heat oven to 190C/fan 170C/gas 5. Line two 12-hole bun tins with paper cake cases.

  2. Step 2: Cake mixture

    Cream 175g butter and 175g caster sugar together until light and fluffy. Add 1 teaspoon vanilla essence and gradually beat in 3 beaten eggs little by little, if the mixture curdles add a table spoon of flour and continue beating. Sift in 175g self-raising flour and 1/2 teaspoon baking powder and gently fold in. The mixture should easily drop off the spoon. If it doesn't, add a little milk and keep stirring.

  3. Step 3: Bake

    Divide the mixture between the cake cases filling each on about ¾ full, and bake for 12-15 mins, until they are pale golden and springy to the touch. (if one tray is on a lower shelf in the oven it may need a little longer). Cool on a wire rack.

  4. Step 4: Icing

    Combine 500g icing sugar with 5 tablespoons water and stir until it reaches a smooth consistency. Divide the mixture into 2 or 3 bowls and colour each bowl with your chosen food colouring, mixing thoroughly.

  5. Top each cake with icing and a sugar flower or cherry, leave to set.

Mee Goreng Style Ainul

Pagi-pagi bangun mestilah kena solat suboh dulu kan pastu macam biasalah aktiviti di hujung minggu kemas rumah sapu sampah, mop lantai maklum lah saya kan balik rumah seminggu sekali jer sebab kerja jauh weekend mother to the kids, kesian anak-anak masuk tahun ni kira dah 3 tahun saya kerja jauh tinggalkan dia orang tapi 2 tahun kebelakangan ni kira nasib baik jugalah sebab seminggu sekali balik jumpa dia orang boleh peluk cium berbanding 3 tahun yang lalu cuma dapat balik 3 bulan sekali itupun kalau ada duit balance beli tiket air asia...huhu.

Anyway hujung minggu ni anak-anak tak outing asrama so saya duk sorang-sorang jer kat umah , kalau ikutkan hati malas juga nak memasak tapi bila ingatkan apalah input yang nak letakkan dalam blog nanti maka saya gagah kan diri masak jugak lah mee goreng ni untuk tatapan anda semua ...ermmm simple jer tapi yang penting cukup rasa. So lepas masak saya cepat-cepat pergi mandi bersiap-siap nak posing dengan mee goreng ni tapi sapa lak nak tangkap gambar ni ala anak-anak pulak tak ada ...hehehehe... puaslah cari bipod entah kat mana letak hari tu , last-last jumpa gak so inilah hasilnya....sapa nak resepi mee goreng ni boleh kontak saya nnt.

Friday 11 February 2011

Masak Lemak Ketam


Bahan-Bahan:

3 ekor ketam
1½ biji kelapa parut
4 sm kunyit hidup
15 biji cili api
1 biji nenas
2 batang serai
1 helai daun kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-Cara:

Bersihkan ketam, kemudian dipotong dua setelah itu basuh dan toskan airnya. Nenas dibersihkan kulit dan matanya kemudian dipotong kecil-kecil. Cili api ditumbuk sersama serai dan kunyit hidup. Kelapa diperah ambil santannya secukup untuk kegunaan. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama-sama bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi dengan santan. Jerangkan di atas api. Kemudian masukkan nenas, garam dan serbuk perasa secukupnya sambil dikacau selalu. Bila telah mendidih dan pekat, bolehlah diangkat.

Masak lemak siput sedut


Bahan-bahan:

1 kg siput sedut - bersihkan dan potong hujung ekornya
15 biji cili padi - kisar
2 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci kunyit hidup - kisar
2 batang serai - dititik
1 kg santan
sedikit asam dan garam

Cara-cara:

1. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama santan. Kacau sehingga mendidih
2. Kemudian masaukkan siput yang telah dibersihkan. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan asam dan garam secukup rasa.