Wednesday 23 February 2011

Henti Aniayai Perut Anda

Rakyat Malaysia gemar makanan yang mengandungi lemak tinggi dan kurang makan sayur dan buah-buahan. Mereka juga tiada disiplin dalam waktu makan dan sering terlebih makan.

"Apa yang dimakan bukan bahagian yang sewajarnya dimakan terutama apabila makan di tempat yang menyediakan menu Barat. Sebagai contoh, ikan dan kentang goreng, hidangan ayam (chicken chop) atau kambing biri-biri (lamb chop).

"Bahagian yang dihidangkan lebih untuk seorang dan terlalu banyak mentega dan krim digunakan," Mary Easaw-John, Pengurus Kanan, Dietetik dan Perkhidmatan Makanan, Institut Jantung Negara (IJN), yang berkongsi beberapa pemerhatiannya tentang tabiat makanan rakyat Malaysia dalam satu wawancara baru-baru ini.

Penganiayaan Besar

"Pada pandangan saya kita sudah sampai kepada peringkat kita tidak sedar kita sebenarnya terlalu menganiayai perut kita.

"Sedar tak perut kita mempunyai sistem dan ia bekerja sebagai mesin kilang dengan pengaturan masa yang tertentu. Perlu juga ingat perut manusia hanya boleh menerima sejumlah makanan pada satu-satu masa dan akan lebih membantu jika anda mengunyah makanan dengan sebaik-baiknya," Easaw-John memberitahu Bernama.

No comments:

Post a Comment