Sunday 13 February 2011

Mee Goreng Style Ainul

Pagi-pagi bangun mestilah kena solat suboh dulu kan pastu macam biasalah aktiviti di hujung minggu kemas rumah sapu sampah, mop lantai maklum lah saya kan balik rumah seminggu sekali jer sebab kerja jauh weekend mother to the kids, kesian anak-anak masuk tahun ni kira dah 3 tahun saya kerja jauh tinggalkan dia orang tapi 2 tahun kebelakangan ni kira nasib baik jugalah sebab seminggu sekali balik jumpa dia orang boleh peluk cium berbanding 3 tahun yang lalu cuma dapat balik 3 bulan sekali itupun kalau ada duit balance beli tiket air asia...huhu.

Anyway hujung minggu ni anak-anak tak outing asrama so saya duk sorang-sorang jer kat umah , kalau ikutkan hati malas juga nak memasak tapi bila ingatkan apalah input yang nak letakkan dalam blog nanti maka saya gagah kan diri masak jugak lah mee goreng ni untuk tatapan anda semua ...ermmm simple jer tapi yang penting cukup rasa. So lepas masak saya cepat-cepat pergi mandi bersiap-siap nak posing dengan mee goreng ni tapi sapa lak nak tangkap gambar ni ala anak-anak pulak tak ada ...hehehehe... puaslah cari bipod entah kat mana letak hari tu , last-last jumpa gak so inilah hasilnya....sapa nak resepi mee goreng ni boleh kontak saya nnt.

No comments:

Post a Comment