Saturday, 5 February 2011

Blueberry Cake


Bahan-bahan:

2 biji telur, asingkan putih dan kuning
1 cawan gula
1/2 cawan butter, lembutkan
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh tepung (utk lumur pada berries)
1/3 cawan susu cair
1 1/2 cawan buah blueberries segar
gula + kulit kayu manis (1 sudu teh gula + 1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis)

Cara-cara:

1. Panaskan oven 350 degress F.

2. Pukul putih telur dan 1/4 cawan gula hingga kembang.

3. Di dalam mangkuk yang lain , pukul butter + garam + vanilla + gula perlahan-lahan.

4. Tambahkan kuning telur dan pukul hingga kembang.

5. Masukkan tepung naik sendiri dan masukkan susu cair

6. Masukkan dalam telur putih yang telah dipukul , gaul blueberries dengan tepung dan masukkan dalam adunan tadi.

7. Tuang adunan dalam dulang yang di sapu marjerin dan taburkan campuran gula dan serbuk kulit kayu manis di atasnya

8. Bakar pada suhu 350 F utuk 40-50 minit. Sejukkan dan taburkan serbuk gula jika perlu.

No comments:

Post a Comment