Bahan-Bahan: | |
280 gm butter 200 gm gula halus 5 biji telur (gred A) 280 gm tepung gandum 40 gm serbuk koko ¼ sudu teh sodium bikarbonat 1 ¾ sudu teh serbuk penaik ¼ sudu teh nescafe (dibancuh dengan sedikit air) 100 gm coklat masak (dicairkan) ¾ cawan air sejuk | Topping : 100 gm coklat masak (dicairkan) sedikit coklat rice |
Cara: | |
1) pukul butter dan gula sehingga kembang 2) masukkan telur satu persatu 3) kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk koko, sodium bikarbonat dan serbuk penaik sedikit demi sedikit. 4) campurkan nescafe yang telah dibancuh dan coklat masak yang telah dicairkan ke dalam adunan. 5) akhir sekali, masukkan air sejuk dan pukul sehingga sebati. 6) panaskan oven pada suhu 180 darjah dan masak selama 45 minit (atau sehingga masak). | |
Cadangan Hidangan: | |
1) Apabila kek sudah masak, letakkan di atas pinggan yang rata / cake board. 2) sapukan coklat masak yang telah dicairkan. 3) tabur coklat rice di atasnya. | |
Tambahan: | |
Topping boleh juga dibuat dengan cara berikut : 1) panaskan 1 sudu besar susu pekat & 3 sudu besar air. 2) masukkan coklat masak. 3) kacau sehingga coklat masak cair dan pekat. |
Wednesday, 2 February 2011
Chocolate moist cake
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment