Saturday 19 February 2011

Cupcake ku tak jadi


Seperti yang dijanjikan pada diri sendiri minggu lepas saya nak buat cupcake pada hujung minggu ni, minggu lepas saya dah siap-siapkan bahan nak buat cupcake ni tapi last-last cari cawan kertas cupcake tak jumpa so saya pergi cari kat giant dah habis cari pulak kat carrefour pun sama. Akhirnya minggu ni saya jumpa kedai jual bahan buat kek rupanya dekat jer dengan rumah.

So hari ni saya buat cupcake cari pulak kek yang kurang guna bahan nak jimat duitlah katakan maklumlah gaji minggu depan baru dapat so duit pun cukup-cukup sampai minggu depan jer.

Resepi cupcake ni saya dapat dari internet juga bersemangat masa buat adunan ni nampak cantik jer bila tuang dalam cawan kertas dan time masuk dalam oven selepas 15 minit kek nampak naik cantik sangat bagaimanapun lima minit kemudian kek tu turun balik. Maknanya kek tak jadilah , kesian kawan-kawan kat kem (Ain, Norizan dan Najiah )yang menunggu cupcake saya ni minta maaf lah banyak-banyak kek tak jadi !!!! sedih .......

Cuma gambar persediaan cupcake yang dapat saya rakamkan tapi gambar cupcake yang dah masak terpaksa di sensor sebab tak jadi.



2 comments:

  1. x jadi eh.. huhu...
    hari tu saya buat cupcake pakai resepi bt kek biasa..
    hihih...

    xpa2, learn from experience kan..
    ;)

    ReplyDelete
  2. sedih tau dua kali buat cupcake tak jadi nanti kena pegi kelas memasaklah macam tu

    ReplyDelete